Welcome
Welcome note here, disclaimer or rules.. whatever.



Basketballer
my full name is Melvern Suwondo also knowned as Tomato.
You can e-mail & msn me at mapenk_mel@hotmail.com
href="http://en.wikipedia.org/wiki/Singlish">SINGLISH.


L0VEs Y
❥LOVE! <3

hates O
✖hate list? =X


waNteD >.<
☺Wishes =DD


Taggie N
Tagboard here(: I recommend cbox =P

Credits
Designer- Maddie
Pictures- 1 2
Brushes- DeviantART
Image programme- Gimp!
Image uploader- Photobucket


Jukie Boxie N
use mine? ._.

DARlinks
Hazri
Raymond
cikguIsmail
Philip
Past matches

Ex+ra


nth 2 do ?
click! -------->
jamiejam715965 got their 
             
             Neopet at http://www.neopets.com


Friday, April 18, 2008
Impian saya dan kata-kata perpisahan saya kepada semua teman-teman saya di Shuqun c0mments!

Salam sejahtera semuanya! Sungguh tidak terasa bahawa waktu berjalan dengan cepatnya. Sekarang kita sudah memasuki tahun 2008. Aku merasa senang juga berasa sedih di tahun yang baaru ini. Aku merasa senang kerana akhirnya aku dapat menyelesaikan pelajaran akademik peringkat GCE 'O' level. Namun, di dalam hatiku terdapat juga kesedihan. Salah satu yang tidak dapat saya lupakan ialah saya harus meninggalkan sekolah menengah Shuqun. Saya sangat sedih untuk ini kerana saya harus berpisah dengan guru-guru dan kawan-kawan yang saya sayangi. Ditambah lagi tahun ini akan menjadi tahun yang sangat mencabar. Saya harus belajar dengan sebaik baiknya untuk dapat melewati peperiksaan 'O' level dengan baik. Di bawah ini saya akan menjelaskan beberapa strategi saya untuk dapat melewati peperiksaan 'O' level dengan baik.


Pertama sekali saya harus membuat target markah yang ingin saya capai di peperiksaan 'O' level nanti. Ini sangat diperlukan kerana jika tidak ada target, maka kita tidak akan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Dengan adanya target ini, membuat diri kita berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.


Kedua, saya akan berusaha untuk membuat jadual waktu untuk saya belajar. Ini juga sangatlah penting untuk para pelajar kerana dengan jadual ini, kita tidak payah untuk berpusing kepala untuk membagi waktu belajar dengan waktu yang lain. Dengan ini, kita dapat belajar dengan baik sekaligus mempunyai waktu luang untuk bermain.


Ketiga, saya harus berusaha untuk berdisiplin terhadap diri saya sendiri. Kerana saya sudah mempunyai jadual waktu, yang harus saya lakukan adalah mengikutinya. Sangatlah percuma jika kita mempunyai jadual tetapi kita tidak melaksanakan apa yang ada di jadual itu.


Keempat, saya akan berusaha untuk menjaga kesihatan saya. Percuma sahajala jika saya dah belajar dengan baik, tetapi, saya sakit dan tidak dapat datang di waktu peperiksaan 'O' level dimulai.


Akhirnya kita hampir sampai di akhir dari pertemuan kita hari ini. Sebelum itu saya ingin mengucapkan salam perpisahan saya dengan kawan-kawan dan guru-guru saya yang ada di Shuqun.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan banyak terima kasih pada guru-guru yang ada di Shuqun yang telah membimbing saya sampai hari ini. Dengan ajaran-ajaran yang diberikan oleh guru-guru sekalian, saya harap saya dapat melewati kertas peperiksaan 'O' level dengan baik. Tidak hanya itu, saya juga pengajaran-pengajaran anda semua, tidak hanya membantu saya pada 'O' level sahaja. Saya yakin ilmu yang anda semua ajarkan akan berguna sampai akhir hayat saya.


Kedua, saya ingin berterima kasih kepada semua teman-teman saya yang ada di Shuqun kerana kalian semua telah menjadi teman yang baik. Saya juga mendapatkan beberapa bantuan dari kawan-kawan saya dalam masalah pelajaran.


Saya kira pertemuan kita pada hari ini akan berakhir. Saya harap kita dapat berjumpa lagi di lain waktu.


Terima Kasih



kalau ada buah di pasar

bolehkah kita membeli lagi

kalau kita sudah besar

mungkinkah kita bertemu lagi

I Played @ 6:47 AM