Welcome
Welcome note here, disclaimer or rules.. whatever.



Basketballer
my full name is Melvern Suwondo also knowned as Tomato.
You can e-mail & msn me at mapenk_mel@hotmail.com
href="http://en.wikipedia.org/wiki/Singlish">SINGLISH.


L0VEs Y
❥LOVE! <3

hates O
✖hate list? =X


waNteD >.<
☺Wishes =DD


Taggie N
Tagboard here(: I recommend cbox =P

Credits
Designer- Maddie
Pictures- 1 2
Brushes- DeviantART
Image programme- Gimp!
Image uploader- Photobucket


Jukie Boxie N
use mine? ._.

DARlinks
Hazri
Raymond
cikguIsmail
Philip
Past matches

Ex+ra


nth 2 do ?
click! -------->
jamiejam715965 got their 
             
             Neopet at http://www.neopets.com


Thursday, September 27, 2007
Pengalaman yang terkesan di hati di sekolah c0mments!
Salam sejahtera semuanya. Pada pertemuan yang kali ini saya akan berkongsi cerita tentang pengalaman yang terkesan di hati di sekolah. Pada saat saya berada di sekolah menengah di Indonesia, saya mempunyai pengalaman yang sangat mengesankan. Waktu itu saya berada di kelas 1 dan saya sangat senang bermain bola keranjang. Saya sangat sering bermain bola keranjang. Saya biasanya bermain bola keranjang setiap hari sehabis pulang dari sekolah mulai dari jam 1 sampai 3 siang hari. Biasanya saya bermain dengan teman-teman saya.

Lama-kelamaan, saya menjadi semakin bersemangat untuk bermain bola keranjang. Maka saya menanyakan bapa ibu saya untuk memperbolehkan saya masuk ke dalam tim sekolah. Bapa ibu saya mengizinkan saya dan mereka juga berpesan supaya saya tetap berhati-hati dan jangan sampai saya berasa terlalu lelah. Tentu saja saya berasa sangat senang kerana saya sangat berharap untuk dapat masuk ke sebuah tim.

Setelah saya masuk saya sangat bersemangat dan selalu datang dalam setiap latihan. Tetapi saya berasa sangat lelah setiap kali saya selesai berlatih. Setelah saya masuk tim selama 4 bulan, saya jatuh sakit. Saya terkena penyakit demam berdarah. Tidak hanya itu saja, biasanya sakit demam berdarah tidak akan membuat saya cepat lelah seperti mandi saja saya sudah berasa sangat lelah seperti berlari.

Kerana saya sakit demam berdarah, maka saya masuk hospital. Di sana ada pengecekan darah bagi orang-orang sakit termasuk saya. Setelah pengecekan selesai, dipastikan bahawa ternyata saya tidak hanya sakit demam berdarah, tetapi juga sakit hepatitis. Itu sangat mengejutkan saya kerana biasanya sakit hepatitis berarti hati saya sudah tidak berfungsi dengan baik dan dibutuhkan waktu lebih dari 1 bulan untuk saya supaya diperbolehkan untuk bermain bola keranjang lagi.

Saya sangat menyesal kerana tidak mendengarkan kata-kata ibu bapa dan mengakibatkan saya jatuh sakit. Tidak hanya itu saja, saya juga ketinggalan banyak di tim sekolah saya. Pengalaman ini mengajakan saya supaya saya tahu akan batas kemampuan saya. Sejak saat itu saya tidak pernah memaksakan diri untuk bermain bola keranjang di tim sekolah.

I Played @ 7:35 PM


Pengaruh Kawan c0mments!
Salam sejahtera semuanya, hari ini saya akan berkongsi cerita mengapa kita harus memilih teman dengan benar kerana jika tidak, kita akan terbawa-bawa menjadi buruk

Ada banyak sekali orang yang terpengaruh oleh kawan-kawannya. Pengaruh dari kawan-kawannya dapat menjadi pengaruh yang baik atau pengaruh yang buruk. Jika pengaruh itu baik, maka itu tidak akan menjadi masalah, tetapi jika pengaruh itu tidak baik, itulah yang sangat mengkhawatirkan. Maka kerana itu, kita harus memilih kawan yang baik buat kita.

Dari pandangan saya, kawan-kawan baik saya harus mempunyai beberapa syarat tertentu. Orang-orang yang suka berkelahi, melawan ibu bapa, tidak pernah melakukan perintah guru dan ibu bapa, adalah contoh orang-orang yang tidak baik untuk dijadikan sebagai kawan. Menurut saya, orang-orang yang baik untuk dijadikan kawan ialah harus berbaik hati kepada siapapun, tidak membantah perkataan ibu bapa, selalu jujur dan dapat dipercaya.

Ada banyak peranan-peranan yang perlu dilakukan oleh seorang kawan. Misalnya sebagai kawan yang baik, seorang kawan harus menyenangkan hati kawannya yang lain yang sedang bersedih hati. Tidak hanya itu saja, kawan juga harus saling membantu satu sama lain seperti berbagi pengetahuan, memberikan semangat, membantu memecahkan masalah yang sedang dihadapi oleh kawan.

Kawan juga dapat mempengaruhi kita. Maka kerana itu kita harus memilih kawan dengan benar, jangan sampai kita terpengaruh dan menjadi anak tidak baik. Ada banyak sekali alasan mengapa kawan dapat mempengaruhi kawannya dengan sangat mudah, tetapi saya hanya akan beberapa dari itu. Biasanya kita sangat sering bertemu dengan kawan-kawan kita. Dari situ kita akan diajak kawan-kawan ita untuk pergi keluar pada malam hari untuk bermain bersama mereka. Pada malam itu, kawan-kawan kita akan melakukan apa yang biasanya mereka lakukan. Jika kawan-kawan kita baik, kita tidak akan mendapatkan masalah, tetapi jika kawan-kawan kita adalah anak-anak yang buruk, itu akan menjadi masalah besar.

Pertama, mereka akan menunjukkan hal-hal yang tidak baik kepada kita. Kemudian, mereka akan menawarkan hal-hal yang buruk itu kepada kita. Biasanya anak-anak pada masa sekarang akan sangat mudah terengaruh, bahkan jika kita menolak ajakan itu, biasanya mereka akan menghasut kita seperti,”Hey, awak mau cuba tak? Merokok itu sedap.”Pada tingkat ini biasanya anak-anak sudah mulai terhasut, tetapi jika masih belum terhasut mereka akan berkata,”Ah, dasar penakut! Merokok saja tidak berani.”Di sini biasanya kita pasti ingin membuktikan bahawa kita bukanlah seorang penakut dan pada akhirnya, kita akan mencubanya, mengakibatkan kita ketagihan.

Tetapi saya tidak berkata bahawa kita tidak perlu berkawan. Jika kita ingin berkawan pilihlah kawan yang baik. Kita juga dapat berkawan dengan yang tidak baik, tetapi janganlah kita berkawan dengan mereka sampai tidak terlepas dari mereka. Sebaiknya kita berkawan dengan mereka sekedar mengenal, tidak sampai terlalu dalam. Saya berkata begini kerana saya tahu bahawa teman sangatlah penting kerana teman dapat diajak bercanda, dan lebih dari itu jika kita berkawan dengan semua orang maka kita tidak akan mempunyai banyak musuh.

Kerana itu kita harus memilih teman dengan baik. Jangan sampai kita terbawa menjadi anak yang tidak baik.

I Played @ 6:38 AM


Monday, September 17, 2007
komentar saya tentang kenaikan tambang c0mments!
Salam sejahtera bagi semua pembaca. Kali ini saya akan memberikan komentar tentang satu artikel yang saya baca. Arikel itu berisi tentang kenaikan tambang pada beberapa transportasi awam.Beginilah ringkasan ceritanya.



Mulai 1 Oktober akan ada kenaikan tambang bas sekitar satu hingga dua sen. Namun PTC menolak permintaan kenaikan tambang MRT&LRT. Pengerusi PTC, Encik Gerard Ee, berkata pihaknya perlu mengimbangi kepentingan penumpang dan memastikan pengendali pengangkutan awam (PTO) dapat terus berdaya maju sebelum meluluskan kenaikan itu.



Kadar tambang kad kosesi warga tua akan juga dinaikan dua sen bagi setiap perjalanan. Namun, kadar tambang bagi kanak-kanak, para pelajar dan anggota NS, serta tambang tunai bas awam tetap tidak berubah.



PTC telah membandingkan Rota PTO dengan pengendali pengangkutan yang lain. Ia menunjukkan industri (MRT&LRT) adalah lebih baik.PTC telah membandingkan Rota bagi SBS Transit tahun lalu adalah 7.9 peratus manakala Rota bagi SMRT ialah 11.4 peratus. Padahal, sebagai perbandingan, Rota bagi syarikat pengendali lain seperti MTR, Arriva PLC dan Singapore Airlines ialah antara 4-9.7 peratus.


Selain dari MRT dan bus ada juga alat pengankutan awam yang lain adalah teksi. Teksi biasanya dipakai bagi mereka yang ingin cepat sampai ke tempat tujuan. Kenaikan tambang teksi pada tahun lalu mengecewakan beberapa syarikat pengendali teksi yang dikatakan tinggi sewaktu masa-masa sukar ini. Ditambah lagi akhir-akhir ini kedengaran suara tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Ditambah lagi tidak ada teksi menjelang tengah malam-kerana tengah malam tambang teksi di singapura naik satu setengah kali ganda. Ditambah lagi pada waktu sibuk dari jam 7 pagi sampai 9 .30, tambang waktu sibuk dinaikkan.

Memandangkan ketiga-tiga syarikat pengendali teksi, pemandu teksi dan penumpang-adalah saling bergantungan. Jadi menurut pendapat saya harga tambang untuk teksi tidaklah perlu untuk dinaikkan kerana itu hanya membuat para penumpang semakin kecewa dengan harga teksi yang mahal.


I Played @ 6:26 PM


Monday, September 10, 2007
Artikel dari Cyberita c0mments!
Salam sejahtera bagi semuanya. Kali ini saya akan membuat komentar tentang sebuah artikel. Artikel ini saya dapat dari http://cyberita.asia1.com.sg/sukan/story/0,3617,103072,00.html. Artikel ini bertajuk' FEDERER: DJOKOVIC BUKAN LAWAN SAYA'.



Artikel ini pada intinya mengatakan bahawa pemain no 1 dunia, Roger Federer, tetap anggap Nadal sebagai ancaman utama. Dia tidak meremehkan kekuatan Djokovic, tetapi sampai saat ini dia jarang bertemu djokovic di final. Dia juga berkata," Jika persaingan itu berlaku, tentu menarik. Selalunya kami bertemu dalam peringkat suku akhir. Tetapi kami bertemu dalam final dua kali berturut-turut. Ini tentu akan meningkatkan persaingan tersebut." Kemudian dia berkata," Tetapi saya menyifatkan persaingan saya lebih dengan Rafael Nadal." Mungkin ini dikeranakan dia menang 5-1 dari Djokovic, tetapi dia hanya menang 5 kali dalam 13 kali pertandingan melawan Nadal. Tetapi kekalahan Federer atas Nadal biasanya berlaku di gelanggang tanah liat di mana Nadal sulit dilumatkan.



Pendapat saya tentang artikel ini ialah saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan Federer. Saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan Federer tentang siapakah pesaing terbesarnya. Dia mengatakan Nadal dan itu memang benar. Dia berhasil mengalahakan djokovic 5-1 dari semua pertandingannya. Itu menandakan Djokovic masih belum menjadi saingannya. Tetapi dia hanya menang 5 kali dalam 13 pertandingannya. Itu berarti dia masih berada di bawah Nadal. Walaupun dia kalah kerana pertandingan itu berlaku di gelanggang tanah liat, sebagai seorang petenis profesional, dia harus terus berusaha menjadi juara tenis. Kerana itu dia menganggap Nadal sebagai pesaing utamanya dan itu juga yang membuat saya setuju dengan apa yang telah dikatakan Federer.

I Played @ 6:28 PM